SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN NEGERI SEMBILAN
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)
Bersedekah adalah suatu amalan ringkas tetapi balasan dan kebaikan yang Allah berikan kepada hambanya adalah yang terbaik.
PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAHFIZ AL-QURAN
SMART
In sha Allah pihak jawatankuasa pengurusan pembinaan bangunan tahfiz SMART sedang berusaha mengumpulkan dana untuk pembinaan bangunan tahfiz dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak 2.6 Juta Ringgit Malaysia .
Di anggarkan 3 tahun akan datang iaitu pada tahun 2026 jumlah bilangan murid tahfiz SMART akan bertambah daripada 245 orang kepada 450 orang. Mulai sesi persekolahan kohort 2023 yang akan bermula pada 21 Mac 2023 yang lalu bilangan pelajar adalah seramai 255 orang pelajar dengan pertambahan kelas daripada 8 kelas kepada 15 kelas. Oleh sebab itu, pihak sekolah sedang berusaha semampunya untuk mencari dana bagi projek pembinaan bangunan tahfiz al-Quran SMART.
Antara cabaran yang kami hadapi :
✅ Bangunan sedia ada yang sempit,tidak kondusif dan tidak selesa
✅ Bangunan tahfiz yang menempatkan murid tidak mampu lagi menampung jumlah sedia ada
Maka dengan itu, pihak jawatankuasa pembinaan bangunan tahfiz SMART ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat amal kebajikan dengan bersedekah bagi tujuan yang mulia.
MAKLUMAN TUAN/PUAN
Bagi memudahkan pihak pengurusan membuat anggaran sumbangan yang diperlukan untuk membina bangunan tahfiz SMART, penggunaan istilah "slot" telah diperkenalkan untuk setiap sumbangan yang dilakukan. Nisbah 1 slot sumbangan adalah RM 10.00. Oleh itu pihak
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapakan kepada semua penderma. Semoga anda sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T,dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Terima kasih